Nukilan puisi dari sasterawan Negara - A.Samad Said
1. Penyair
Kepada setiap
penyair gundah
daun gugur pin
sentiasa indah
Bagi seorang penyair,apa saja yang berlaku dalam kehidupannya adalah berguna -- sama ada kejayyan atau kekecewaan. Malah, disini, daun yang gugu itu sendiri dapat membibitkan ilham....
2. Rakan
Sering kita
berjabat tangan
mengapa tak
juga berkenalan ???
3. Nikmat
Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat
Antara puisi yang ku senangi, kerana mula mempercayai bahawa tidak semua yang diingini atau dihasrati akan terisi. dan kececewaan itu, pada detik-detik tertentu, memberikan semacam rasa nikmat yang sukar di perjelas
4. Ombak
Ombak yang menjamah
kakiku sekali
tak kan dapat
ku kenali lagi.
Percubaan lanjut menulis puisi falsafi apa lagi aku sememangnya gemar meneliti, malah menghayati laut. di samping memberi ketenangan, laut juga menyimpan banyak rahsia sehingga ia sukar di "kenali", Terkini,contohnya tsunami.