www.sahabatsokmo.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


A web community of Strangers that comes together...
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Mel007
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
Mel007


Number of posts : 542
Registration date : 22/06/2007

TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Empty
PostSubject: TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA   TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Icon_minitimeTue Jun 26, 2007 4:11 pm

Kes hangat n paling panas iaitu Kes Razak Baginda yg masuk minggu ke 2

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mengarahkan dua penyiasat persendiriannya untuk mengugut dan membunuh Altantuya Shaariibuu, sepupu dan rakan wanita Mongolia itu, Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu semalam.

Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa, 23, dalam keterangannya berkata, P Balasubramaniam dan pembantunya, Suras Kumar datang ke Hotel Malaya, tempat penginapan mereka setiap jam 3 atau 5 pagi sambil mengetuk pintu bilik dengan kuat dan masuk secara paksa.

“Kami berasa sungguh tertekan kerana Suras dan Balasubramaniam selalu mengugut untuk membunuh kami dengan cara melemparkan kami keluar tingkap. Mereka beritahu Razak Baginda arahkan kami dibunuh. Pada satu ketika, Suras datang ke bilik hotel kami pada jam 5 pagi dan tidur di atas katil kami sehingga jam 10 pagi.

“Ketika itu kami berasa amat takut sehingga langsung tidak tidur, cuma berdiri dalam bilik. Disebabkan ugutan itu, Altantuya mengalami tekanan yang amat teruk, lalu kami membuat laporan polis pada 19 Oktober 2006,” katanya.

Namiraa memberitahu mahkamah, kejadian itu berlaku selepas empat hari mereka tiba di Malaysia pada 8 Oktober 2006.

Menjawab soalan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin ketika sesi pemeriksaan balas, sama ada dia sendiri mendengar Suras atau Balasubramaniam mengugut untuk melempar mereka keluar tingkap, Namiraa berkata: “Altantuya beritahu kami sambil menangis.”

Apabila Mohd Zaki bertanya saksi itu sama ada Altantuya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar, Namiraa menjawab: “Saya rasa ya.”

Keterangan Namiraa disokong Uuriintuya yang memberi keterangan sebagai saksi keempat pendakwa pada sebelah petang.

Uuriintuya berkata, dia , Altantuya dan Namiraa disuruh pulang ke Mongolia segera dan jika tidak Abdul Razak ugut akan bunuh mereka.

“Suras mengarahkan kami pulang ke negara kami selepas Altantuya merayu mahu bertemu Abdul Razak sekali,” katanya.

Pada sebelah pagi, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup sama ada dalam setiap kunjungan ke hotel mereka, Balasubramaniam dan Suras bersikap mesra, Namiraa berkata: “Sudah tentu tidak kerana mereka sentiasa cakap Razak Baginda mengarahkan mereka membunuh kami.”

Keterangan Namiraa bagaimanapun bercanggah dengan saksi pertama, P Balasubramaniam yang sebelum ini berkata, Abdul Razak tidak pernah mengarahkannya mencederakan atau membunuh Altantuya.

Ketika Namiraa memberi keterangan, Abdul Razak berada dalam kandang tertuduh sempat berpaling ke arah pemberita sambil tersenyum dan berkata: “Macam filem India pula”.

Namiraa yang juga saksi ketiga pendakwaan bagaimanapun berkata, beliau tidak ikut serta ketika dua rakannya membuat laporan polis. Menjawab soalan balas peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Abdul Razak, Namiraa tidak bersetuju bahawa Abdul Razak tidak pernah mengugut mereka bertiga.

Namira: “Sudah tentu dia (Abdul Razak) mengugut kami, dia hantar orang berbuat demikian.”

Wong: Adakah Abdul Razak sendiri membuat ugutan?

Namiraa: Setiap hari Balasubramiam dan Suras menyebut namanya, ini bermakna dia yang mengugut kami.

Namiraa berkata, sebelum kehilangan Altantuya, Uuriintuya bertanya mengapa mangsa masih mahu berjumpa dengan Abdul Razak walaupun beberapa kali gagal serta diganggu Balasubramaniam dan Suras.

Wong: Adakah kamu bimbang dengan keselamatan Altantuya yang berkeras pergi berjumpa Abdul Razak seorang diri walaupun selepas menerima gangguan?

Namiraa: Ya, saya sungguh bimbang.

Wong: Adakah kamu setuju walaupun bimbang tetapi masih membenarkan Altantuya pergi berjumpa Abdul Razak pada 19 Oktober 2006?

Namiraa: Ya.

Namiraa yang kelihatan tidak senang sepanjang disoal Wong, menafikan yang salah seorang daripada mereka menjalin hubungan dengan Suras.

Apabila sesi perbicaraan sebelah pagi selesai, ibu Abdul Razak, Datin Rohana Abdullah menghampiri anaknya di kandang tertuduh dan berkata, “Saya tidak tahu apa yang berlaku.

Razak menjawab, “Dia (Namiraa) menipu... dia menipu.

Abdul Razak dibawa masuk ke dalam mahkamah dengan gaya rambut baru bersama-sama Azilah dan Sirul Azhar pada jam 9.05 pagi.


cool
Back to top Go down
Abeerah
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
Abeerah


Female
Number of posts : 309
Registration date : 23/06/2007

TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Empty
PostSubject: Re: TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA   TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Icon_minitimeTue Jun 26, 2007 11:30 pm

Saw kat news...his wife pakai baju t- shirt labeled...Abdul Razak Baginda's wife...and his sister pakai labeled Abdul Razak Baginda's sister...

in support i believe...
cool
Back to top Go down
mak_imma
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
mak_imma


Female
Number of posts : 243
Country : di kaki pelangi
Registration date : 24/06/2007

TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Empty
PostSubject: Re: TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA   TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Icon_minitimeTue Jun 26, 2007 11:48 pm

Abeerah wrote:
Saw kat news...his wife pakai baju t- shirt labeled...Abdul Razak Baginda's wife...and his sister pakai labeled Abdul Razak Baginda's sister...

in support i believe...
cool

Ehmmmm......scratch Adbul Razak Baginda pun dah buka fc gak ke?...
FC = family club.... bukan fans club evilgrin
Back to top Go down
Mel007
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
Mel007


Number of posts : 542
Registration date : 22/06/2007

TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Empty
PostSubject: Re: TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA   TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Icon_minitimeWed Jun 27, 2007 2:44 am

He he... ntah ler.. kes belum habis... cam kes paling sensasi Mona Fendy... huh!!!!..
Back to top Go down
mami^rugged
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
mami^rugged


Female
Number of posts : 76
Country : sungai chao phraya,bangkok siam
Registration date : 25/06/2007

TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Empty
PostSubject: Re: TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA   TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Icon_minitimeWed Jun 27, 2007 3:50 pm

mak_imma wrote:
Abeerah wrote:
Saw kat news...his wife pakai baju t- shirt labeled...Abdul Razak Baginda's wife...and his sister pakai labeled Abdul Razak Baginda's sister...

in support i believe...
cool

Ehmmmm......scratch Adbul Razak Baginda pun dah buka fc gak ke?...
FC = family club.... bukan fans club evilgrin

mak_imma kalau diorg ader fans club pun..mami tak mau masuk
wallahualam kan sape yg bunuh dia..tapi ape2 pun..teramat zalim pembunuhan sebegitu.pa nak jadi manusia dinihari??
tunggu kes selesai...tgk sape yg kenaaaa..farao
Back to top Go down
http://penanglineclear.blogspot.com
Mel007
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
Mel007


Number of posts : 542
Registration date : 22/06/2007

TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Empty
PostSubject: Re: TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA   TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Icon_minitimeSat Jun 30, 2007 9:05 pm

Huh.. mmg panas.. n tunggu smpai habis kes nih.. high profile nye kes.. hu hu..
Back to top Go down
Sponsored content





TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Empty
PostSubject: Re: TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA   TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA Icon_minitime

Back to top Go down
 
TETAP HANGAT KES - RAZAKK BAGINDA DAN ALTANTUYA
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
www.sahabatsokmo.net :: General Knowledge (Pengetahuan Am) :: News (Berita)-
Jump to: