www.sahabatsokmo.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


A web community of Strangers that comes together...
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Abeerah
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
Abeerah


Female
Number of posts : 309
Registration date : 23/06/2007

Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 Empty
PostSubject: Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007   Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 Icon_minitimeTue Jun 26, 2007 9:43 am

Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 BH_6508249_25_06_2007

PELAJAR SINGAPURA NYARIS MAUT DI NZOleh
Soraya Salim
Dan Shamsul Jangarodin
SEORANG mahasiswa Singapura nyaris terbunuh apabila kereta sewa yang
dinaiki nya bersama tiga rakan terhumban ke dalam gaung sedalam 70
meter di Tasik Wanaka, New Zealand.

Cik Nur Haryani Mohd Hatta, 24 tahun, dan dua orang rakannya dari
Malaysia dan China mengalami luka ringan di perut, leher dan belakang.

Bagaimanapun, seorang lagi rakannya, Cik Veronica Lee May Tan, 20 tahun dan juga rakyat Malaysia, terkorban dalam nahas itu.

Mereka berempat mahasiswa Universiti Otago.

Cik Nur Haryani dipercayai hilang kawalan semasa memandu kereta Mazda
itu sehingga ia tersasar dari jalan raya yang licin kerana salji tebal.

Keluarga Cik Nur Haryani dipercayai telah ke New Zealand Sabtu lalu
untuk menziarahi lulusan Diploma Pendidikan Institut Pendidikan
Nasional (NIE) itu.

Kemalangan itu berlaku sekitar 12.30 tengah hari Khamis lalu di tasik
dekat Makarora itu, sebuah bandar kecil kira-kira tiga jam perjalanan
dari Du nedin di selatan South Island.

Empat mahasiswa perempuan itu sedang dalam perjalanan arah ke selatan,
dipercayai untuk bercuti sempena cuti penggal universiti.

Sejurus selepas kemalangan, mereka dibantu dua orang pelancong Inggeris yang ternampak kereta mereka remuk di kaki gaung.

Dua pelancong lelaki itu menghentikan van mereka dan turun ke dalam gaung. Seorang pemandu, Encik Nathan Brensell, 18 tahun, juga berhenti dan
memberi pertolongan sebelum menghubungi ambulans yang kemudian
mengejarkan mereka ke Hospital Dunedin, kira-kira tiga jam perjalanan
dari tempat nahas.

Timbalan Pro-Canselor bagi pelajar antarabangsa Universiti Otago,
Profesor Sarah Todd, ditukil akhbar The Southland Times sebagai berkata
bahawa tiga mahasiswa yang cedera itu sedang dibantu kakitangan
daripada pejabat antarabangsa universiti tersebut.

Menurut wartawan akhbar The Otago Daily Times, Cik Debbie Porteous,
ketika dihubungi menerusi panggilan jarak jauh kelmarin, ribut salji di
kawasan itu adalah yang paling teruk pernah dialami.
'Jalan raya tempat kemalangan itu telah pun ditutup polis kerana
terdapat satu lagi kemalangan di tempat yang sama,' kata Cik Porteous.

Seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) pula berkata pihak
kementerian itu di Wellington tahu akan kemalangan tersebut dan sedang
berusaha menyediakan bantuan konsul bagi keluarga mangsa.
Back to top Go down
mami^rugged
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
mami^rugged


Female
Number of posts : 76
Country : sungai chao phraya,bangkok siam
Registration date : 25/06/2007

Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 Empty
PostSubject: Re: Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007   Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 Icon_minitimeTue Jun 26, 2007 3:37 pm

syukur selamat
Back to top Go down
http://penanglineclear.blogspot.com
Mel007
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo
Mel007


Number of posts : 542
Registration date : 22/06/2007

Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 Empty
PostSubject: Re: Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007   Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 Icon_minitimeTue Jun 26, 2007 4:07 pm

aduhhh... semua ok ...
Back to top Go down
Sponsored content





Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 Empty
PostSubject: Re: Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007   Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007 Icon_minitime

Back to top Go down
 
Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Salam Dari Singapore...ROAKKKKK
» Salam dari... errrrr... Selangor lah..
» Resepi Kueh Mueh Dari Along
» Minda Mufti - Katakan Tidak pada Wahabi (MStar 17-10-2007)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
www.sahabatsokmo.net :: General Knowledge (Pengetahuan Am) :: News (Berita)-
Jump to: